Saya Jiwa Kosong



"Kami sengaja kosongkan jiwa kami kerana otak kami dah penuh dengan puisi politik yang kotor"

can you see the message here?

salute Matluthfi

Every Scar I Have, Makes Me Who I Am


Its been awhile since the last time i wrote here. today i want to talk about the hard time i had through in this life.

masa kecik kecik dulu, zaman main konda kondi, masak masak sume tu. aku budak yang cukup cukup nakal. kira cukup nakal lah bagi budak perempuan. kalau parut parut kat badan ataupun kena pukul dengan tali pinggang sampai berbirat badan memang dah biasa. sebab masa kecik dulu aku dah pandai ponteng sekolah, keluar main sampai tengah malam, kawan dengan budak budak lelaki yang dekat dengan rumah, tak buat kerja sekolah sampai cikgu pun naik fed up dengan aku. memang akan kena tali pinggang lah bila cikgu call mak aku suruh datang sekolah.


aku selalu buat mak aku menangis dengan perangai aku. bila mak aku menangis, aku akan menyesal sekejap, sekejap jela. esok lusa buat lagi. sebab aku tak pernah betul betul serik dengan semua tu.

Aku tak takut kalau badan aku sakit, aku takut kena pukul. sebab masa kecik aku dah biasa. itu yang buat aku tak takut dengan cabaran. aku kalau sakit pun aku taknak menyusahkan orang. kalau betul betul tak larat atau separuh mati baru aku nak mintak belas kasihan orang. walaupun sebenarnya aku banyak menyusahkan orang. maaf kepada mereka

aku pernah di hantar ke pusat tarbiyah. iaitu, tempat budak budak yang bermasalah. yang sebenarnya mak aku tak tahu tempat tu untuk budak bermasalah. mak aku hantar tempat tu untuk aku belajar jati diri. belajar kenal diri sendiri. belajar jadi orang yang baik.

kat sana aku kenal dengan macam macam jenis ragam dan perangai manusia. daripada minah rempit, kaki club, penagih dadah, dan macam macam lagi. yang buat aku bersyukur aku takde lah seteruk tu. dan buat aku face this world dengan lebih berani.

dengan apa yang aku hadapi ni tak bermakna aku dah cukup bagus. tak, bukan macam tu. tapi semua tu lah yang buat aku rasa aku lebih tabah. lebih kuat.

yang menjadikan aku adalah aku.

This is a story about

This girl
ouch, muka perasan gila babi

who falls in love with

This boy
comel kan muka hashimi saya. hee

Well, untuk pengetahuan kalian kalian dan kalian juga saya dan beliau sudah together and gether hampir satu abad dan dua dekad bersamaan nak masuk setahun. okay, dramatis habis.

zaman sekolah dulu. muka saya comot habis

kami sama sama kenal masa kami dalam form six dulu. saya masa mula masuk form six dulu memang agak pendiam. yelah, baru masuk tempat baru kan. saya tak kenal sesapa melainkan budak budak daripada sekolah lama saya. saya pun memang agak pemalu orangnya. muhehehe. malu konon.

tak macam Hashimi yang mulutnya agak bising. bukan agak, tapi memang bising pun. kalau takde dia memang kelas tu akan jadi diam dan sunyi.

kami mula berkenalan sebagai kawan je. tak lebih dan tak kurang. tapi lama lama wujud rasa sayang dalam hati masing masing. cewah, ayat kau.


masa berbuka puasa

Hashimi seorang yang sangat baik bagi saya. perangai kiteorang yang boleh get-along-together buatkan saya sayang dia. dia juga seorang yang kelakar dan selalu buat saya ketawa macam orang gila.


sepadan kan kami

walaupun kadang kadang saya selalu sakitkan hati dia, saya selalu buat dia marah, selalu marah dia, dia tetap sabar dengan saya. dia tetap maafkan semua salah saya. walaupun saya tau, saya tak pandai nak jaga hati dia dengan baik.

buah hati saya

Hashimi, i mungkin bukan yang terbaik untuk you. i selalu buat you marah, buat you sedih, macam macam lagi i buat dekat you. i mintak maaf atas semua kesalahan i. dan i nak you ingat janji janji kita. i harap kasih sayang dan hubungan kita akan kekal. kekal untuk selamanya.

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA CINTA ♥