Yes, I am

lagi beberapa minggu je lagi untuk aku masuk uitm kelantan. aku terasa agak sedih sebenarnya. mungkin korang pun tahu kenapa. bila perasaan kena jauh dari family, jauh dari rumah. ye, aku seorang yang homesick. terlalu homesick. sebab aku, nak masak pun tak pandai. kerja rumah, baju aku, semua ada orang buatkan. so bila nak berjauhan ni terasa macam. sedihnya.

dulu, aku selalu jugak hitung hari. tak sabar sabar nak masuk mana mana universiti. tapi bila hari makin dekat, waktu pun terus berjalan, aku rasa taknak pergi pun ada. dan kadang kadang tu aku harap lambat lah lagi. tup tup lagi seminggu dua je nak pergi daftar.

aku nervous. sangat nervous. mak aku pun dah start menyibukkan aku. esok pergi buat medical check-up, esok beli barang tu. dokumen tu dah print ke? dah lengkap ke isi borang semua? dah ada ke semua barang? macam polis tengah soal penjenayah. seriously.

aku berdoa aku mampu membanggakan orang tua aku. ini hanya permulaan. aku harap supaya ada pengakhiran yang baik. dan aku mengharapkan doa doa kalian. doakan kejayaan aku. Amin :)

ASSALAMMUALAIKUM :)

Horas! Medan, Indonesia

Assalammualaikum :)

medan adalah bandar ketiga terbesar di indonesia selepas jakarta dan surabaya. jadi tempat dia memang ramai orang. dan keadaan jalan dorang memang sesak. memang tak ada kereta yang boleh bawak sampai 120 km. even, macam tu pun. dorang still akan langgar lampu isyarat merah. jalan dekat indonesia, tahu lah kan macam mana.

dekat medan, kiteorang menginap dekat grand angkasa. that place was havoc. but fun. hari ketiga, aku and family pergi pasar. awal awal pagi lagi dah semangat bangun, pastu breakfast then terus gerak pergi shopping. pasar dia jual barang barang yang aku rasa malaysia lagi murah dibandingkan dengan harga kat sana. ataupun, sama je harga dia tapi kualiti barang malaysia lagi bagus. ini bukan nak bodek ke apa tapi memang kenyataan.


bila korang masuk hotel ni, or jumpa orang indon dekat mana mana dorang akan cakap horas sambil rapatkan kedua belah tapak tangan dan tunduk sikit. tunjukkan yang dorang hormat. horas ni maksud dia hello

ape ape pun, kite pose dulu
lepas dah shopping, masa untuk makan. cara makan dekat indon ni agak pelik sikit. dorang akan serve makanan dan kita tak perlu kita nak order. makanan yang kita makan je yang die kira, makanan yang tak disentuh dorang akan simpan balik. dan dorang makan semua benda haiwan macam kepala ayam, kulit lembu, urat urat lembu, semuanya lah. yang sememangnya aku tak pernah sentuh seumur hidup. kalau aku dicampak pergi indon bertahun lamanya aku rasa boleh mati kelaparan kot. heh


ni baru sebahagian lauk

lepas tu, sambung shopping balik pergi kedai beg, kedai kasut, kedai telekung, kedai minyak wangi, senang cerita semua jenis kedai kiteorang redah. 

aku sorang je yang chill. relaks. cool. sangat.
alia, kenapa ni?
over sangat.

malam tu, lepas dah habis shopping kami keluar untuk makan. tapi, keadaan jalan memang terlalu sesak sebab dorang nak adakan demostrasi untuk hari pekerja. dorang berkumpul ramai ramai tengah jalan, bakar tayar, dan sepanduk yang sangat banyak. 


hari ni, tema kita putih.

ayah, we love you




hari keempat, pulang ke malasysia. cerita ni mungkin ade tokok tambah or tokok tolak. dan takde kaitan antara yang hidup dengan yang mati. sekian.


pemandangan dekat indon


pemandangan dekat malaysia. 

p/s: mungkin aku tak pandai sangat nak menulis atau mengarang blog ni. bm aku pun bukanlah A+++. tapi aku mahu coretkan perjalanan hidup aku. supaya aku akan ingat bila aku rasa teringat :)

ok, senyummm :)

Danau Toba, Indonesia

Assalammualaikum.

Selamat sore sahabatku semua. actually, masa aku tulis entry ni sebenarnya aku ingat ingat lupe. padahal tak sampai sebulan pun aku pergi. tapi disebabkan aku seorang yang sangat pemalas nak update blog. aku malas nak pikir ayat,  nak cari gambar yang huru hara entah kat mana mana, pemilihan kosa kata dan nak bina ayat tu. pehh, kalah spm . ok, melebih. dan taraaa! ini lah hasil dia :)

our flight was scheduled at saturday 8.20am. so, as earlier in the morning around 5am my mom already wake me up. so i quickly bath, get my toiletries, pray and get ready.

perjalanan ke danau toba tu amek masa 12 jam. sebab keluar rumah daripada pukul 6 pagi dan sampai pukul 6 petang. sejam perjalan ke airport, sejam perjalanan by airplane sampai ke medan, 6jam perjalanan by van ke jeti dan sejam perjalanan by ferri ke danau toba. kira haritu memang semua jenis pengangkutan naik. daripada udara sampai ke darat sampai ke air.

(boleh klik di gambar untuk tumbesaran)
daripada atas ferri

ferri yang aku naik.
memang macam nak pergi paris kau nyah, sampai kaki aku naik kebas dan otak aku pun jadi mereng. kami menginap dekat silintong hotel. memang tempat tu scary habes sebab die dekat tengah tengah pulau. memang langsung takde entertainment. tv takde, aircong takde, line phone takde, senang cerita semua takde. tapi kawasan tu kawasan yang sejuk. so, kalau takde aircond dengan kipas pun takpe.

aku bermalam dekat sana sehari je sebab memang takde benda boleh buat. tapi bangunan kat sana memang cantik cantik. serius, tak tipu.









ni lah, tempat kiteorang menginap


cantik kan? haaa. tu lah, tadi aku cakap  taknak percaya.
cucu kesayangan abah tok. bluwek :p

dah nak balik, selamat tinggal danau toba semoga ketemu lagi


anak ayah <3


unik kan pokok kelapa ni?

kalau korang rasa nak bersendirian atau taknak sape sape kacau, danau toba memang tempat yang sesuai habes lah. antara gambar gambar lain

pulau yang ditakungi air

air terjun




danau toba ni ade sejarah dia yang tersendiri. orang cakap, dulu tempat ni ade lah tempat gunung berapi. tapi disebabkan gunung berapi tu pecah lalu jadi serpihan pulau pulau yang kecil dekat sekeliling dia. dan kawasan tersebut menjadi takungan air dan terbentuk lah pulau yang macam sekarang ni. letusan gunung berapi ni terjadi sejak seratus ribu tahun yang dulu. sebelum kelahiran nabi lagi. taktau lah samada sahih ataupun tak.

apa apa pun, nantikan entry saya yang seterusnya di medan :)


Takdir

ketika kita berjalan dan terasa mahu terjatuh, bila terasa hidup ini perit dan tak mampu nak melangkah. bila liku liku hidup terasa penuh ujian dan pancaroba. dan ketika terasa hidup sudah tak ada gunanya. INGATLAH AKAN TAKDIR-NYA


Your Love Or Your Friend?

ASSALAMUALAIKUM :)

Ape ke jadahnye update dua post dalam satu hari? hehehe. sebab harini saya rasa terlebih rajin. apesal harini tetiba terlebih rajin? sebab saya memang seorang yang sangat rajin. puii puii nak muntah.

Ok, cukup intronye sampai disitu. sekarang kite berbalik kepada tajuk asal entry kali ni. kalau korang di beri pilihan. pilih antara sahabat atau kekasih korang? ape yang akan jadi pilihan korang? 


Photobucket
Antara sahabat dan kekasih, dua dua sama penting. dua dua kita perlu dalam hidup ni. kalau kita kena buat pilihan pun, memang sangat sangat sangat susah kan. kita juga sering tersepit dalam pilihan antara sahabat dan kekasih. 

apabila kita memilih sahabat, kita akan mengabaikan kekasih. dan bila kita memilih kekasih, sahabat pula yang terasa dengan pilihan kita. kita bukannya sempurna untuk membahagiakan hati semua orang. 

kekasih dan sahabat. tanpa mereka siapalah kita. sahabat tempat kita berkongsi segala suka dan duka. penat lelah, sentiasa di sisi walau apa jua keadaan. kekasih sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati. tanpa kekasih, tidak lah kita lahir ke dunia ini.

namun, sahabat tetap sahabat dan kekasih tetap kekasih. jadi, apa pilihan korang? ehem.

Belajar Menghormati

ASSALAMUALAIKUM :)

Apa kabar semuanya pakcik pakcik, makcik makcik, jiran sebelah rumah, tok ketua kampung, ok. semuanya.
dah lama kan saya tidak meng-update-kan diri di blog. sayu je rasa bila tengok blog yang dah makin usang ni. cis, drama.

Hari ni saya nak bercakap tentang menghormati. basically bukan bercakap tapi menaip. hormat menghormati tu penting kan? hormat antara orang tua dengan yang muda. hormat antara ibubapa dan anak, guru dan murid serta sesama adik beradik. 

Tapi sekarang as zaman makin maju, teknologi makin canggih dan sealiran dengan tu makin kurang lah sifat hormat dan kasih sayang dalam diri kita. 

Anak yang derhaka, adik beradik yang tak bertegur sapa. macam orang asing. bahkan, siap tanam lagi sifat benci dan perangai busuk antara saudara yang darah dan daging yang sama.

Ada pula yang lebih mengagungkan dan menghormati orang luar yang takde kena mengena daripada menghargai  saudara sendiri.

Jadi patutkan kita belajar untuk berubah? saya bukan bercakap mengenai meraka sahaja tapi diri saya juga. sebab saya juga hanya manusia biasa. masih belajar dari kesilapan. dan masih berusaha mencuba untuk berubah.