ASSALAMUALAIKUM :)
Apa kabar semuanya pakcik pakcik, makcik makcik, jiran sebelah rumah, tok ketua kampung, ok. semuanya.
dah lama kan saya tidak meng-update-kan diri di blog. sayu je rasa bila tengok blog yang dah makin usang ni. cis, drama.
Hari ni saya nak bercakap tentang menghormati. basically bukan bercakap tapi menaip. hormat menghormati tu penting kan? hormat antara orang tua dengan yang muda. hormat antara ibubapa dan anak, guru dan murid serta sesama adik beradik.
Tapi sekarang as zaman makin maju, teknologi makin canggih dan sealiran dengan tu makin kurang lah sifat hormat dan kasih sayang dalam diri kita.
Anak yang derhaka, adik beradik yang tak bertegur sapa. macam orang asing. bahkan, siap tanam lagi sifat benci dan perangai busuk antara saudara yang darah dan daging yang sama.
Ada pula yang lebih mengagungkan dan menghormati orang luar yang takde kena mengena daripada menghargai saudara sendiri.
Jadi patutkan kita belajar untuk berubah? saya bukan bercakap mengenai meraka sahaja tapi diri saya juga. sebab saya juga hanya manusia biasa. masih belajar dari kesilapan. dan masih berusaha mencuba untuk berubah.