Yes, I am

lagi beberapa minggu je lagi untuk aku masuk uitm kelantan. aku terasa agak sedih sebenarnya. mungkin korang pun tahu kenapa. bila perasaan kena jauh dari family, jauh dari rumah. ye, aku seorang yang homesick. terlalu homesick. sebab aku, nak masak pun tak pandai. kerja rumah, baju aku, semua ada orang buatkan. so bila nak berjauhan ni terasa macam. sedihnya.

dulu, aku selalu jugak hitung hari. tak sabar sabar nak masuk mana mana universiti. tapi bila hari makin dekat, waktu pun terus berjalan, aku rasa taknak pergi pun ada. dan kadang kadang tu aku harap lambat lah lagi. tup tup lagi seminggu dua je nak pergi daftar.

aku nervous. sangat nervous. mak aku pun dah start menyibukkan aku. esok pergi buat medical check-up, esok beli barang tu. dokumen tu dah print ke? dah lengkap ke isi borang semua? dah ada ke semua barang? macam polis tengah soal penjenayah. seriously.

aku berdoa aku mampu membanggakan orang tua aku. ini hanya permulaan. aku harap supaya ada pengakhiran yang baik. dan aku mengharapkan doa doa kalian. doakan kejayaan aku. Amin :)

ASSALAMMUALAIKUM :)